Dia kembali semula ke dalam hidupku setelah hampir
2 bulan menyepi. Iaitu pada Hari Ulang tahunku yang ke-16 tahun. Pada mulanya diriku merasakan betapa
rindunya diri ini kepadanya. Namun, parut di hati ini terasa pedih sehingga membuatkan daku menjadi egois. Si dia ku abaikan kerana diri ini telah mendapatkan seseorang yang lebih baik, Arif. Segalanya bermula hanya kerana
perasaan kesian. Namun lama-kelamaan ianya menjadi sebuah
perasaan kasih dan sayang.