3

      Hanafi kembali menyepi selama 2 bulan. Pada bulan 3,cuti sekolah... Nafi telah menghubungi diri ini kembali. Pada saat ini, hatiku sudah dapat memaafkan kesalahannya dan pintu hati ini terbuka sedikit buatnya. Namun, Ku tepis perasaan itu kerana Arif. Dia tidak bersalah. Jadi kenapa harus aku menghukum dirinya dengan kesalahan orang lain. Walaupun hubungan aku dengan Arif banyak halangan dan dugaan. Aku tetap ingin bersamanya. Tiada sesiapapun yang dapat memisahkan aku dengannya termasuklah Nafi.

      Kemunculan Hanafi kali ini berterusan. Sejak April'11.. Hubungan kami terjalin akrab. Aku tidak mahu mengecewakannya dengan memberitahu akan status sebenar diri ini. Namun, aku tidak mahu juga mengecewakan orang yang aku sayang. Aku mengikut segala rentak permainannya. Namun apabila melibatkan 'sayang-sayang', aku hanya sekadar tersenyum. Aku tidak mahu menghancurkan kegembiraannya. Aku menyayangi dirinya. Kasih sayangku kepadanya sekadar adik dan abang. Tapi buat Nafi, dia seperti ingin kembali menjalinkan semula ikatan kami yang sudah terpisah dahulu.

    Aku menyayangi Ahmad Arif dengan sepenuh jiwa ragaku. Dia telah berjaya menawan hatiku. Dia juga telah berjaya membuatkan diri ini menerimanya sepenuh hatiku. Aku amat menyayangimu. :)