1
Kalau dulu,seorang lelaki telah muncul ke dalam hidupku. Yang membuatkan diriku membuka pintu hatiku ini untuk dirinya. Kemunculan tidak diundang namun kehadirannya diriku sambut dengan penuh keikhlasan. Kewujudannya pada awal 2009. Disaat diri ini bakal menduduki peperiksaan PMR, dirinya telah berjaya mengetuk pintu hatiku. Dialah yang pertama yang benar-benar berjaya mencuri sepenuh perhatianku. Kegembiraan bersamanya membuatkan diriku alpa dengan pelajaran. Keputusan PMR aku tidak membanggakan. Namun, aku tidak ambil peduli kerana aku terlalu gembira bersama dengannya. Dia yang memahami diri ini. Dia yang ku sangka setia selama ini telah menghancurkan segalanya. Pada tanggal 1 Okt 2010, aku telah terbaca komen-komennya di FB bersama seorang rakan perempuannya. Kerana takut akan kenyataan yang bakal aku hadapi, aku diamkan sahaja. Sehinggalah kesabaranku tidak dapat dikawal lagi. Di hari berbahagia 3 Okt, Hari Raya Aidilifitri yang sepatutnya aku gembira menyambutnya bersama kawan-kawan telah bertukar menjadi hari yang menyedihkan. Ku pinta kepadanya agar berterus terang. apabila panggilan ditamatkan. Tanpa dipinta, air mata ini telah berjujuran buat kesekian kalinya kerana dirinya di hadapan kawan-kawanku. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya hati ini. Betapa pilu dan peritnya penderitaan ini. Semenjak hari itu, dia hilang tanpa berita......