10
Semalam..hm.. aku tak tahu nak kata macam mana.. Cuma hati aku rasa sakit sangat bila dia kata macam tu. Kenapa mesti Arif bandingkan diri dia dengan Nafi? Tak pernah sekali pown aku banding-bandingkan dia dengan Nafi. Selama nie, aku tak dela rasa menyesal nan Arif an. Mang aku pernah rasa nyesal couple dengan dia. Itu pown bila time kita gaduh sampaikan aku menangis. Tapi bila aku da rasa cam tu, aku try tenangkan diri aku supaya tak rasa macam tu lagi. Tolong la. Aku sangat tertekan sekarang ni. Exam da makin dekat segala bagai. Jangan tambah lagi kesengsaraan kepala nie. Aku tak nak menangis sebab itu akan wat kepala aku rase sakit sangat-sangat.
Nafi.. Nafi.. Nafi.. Tak boleh ke biar dia jadi masa lalu aku? Aku dengan dia sekarang nie sekadar kawan. Aku da tak tahu nak kata apa da. Arif bukan nak caye pown apa aku kata an. Walaupown orang kata Nafi nak kembali semula dalam kehidupan aku, aku boleh terima hanya sebagai kawan. Tak lebih. Yang lalu aku tanak diungkit kembali. Buat masa sekarang, aku tanak fikir apa akan berlaku di kemudian hari yang bakal melibatkan aku dengan Nafi. Yang pasti, buat masa sekarang dia hanyalah seorang sahabat yang baik. Mungkin aku kelihatan dekat dengannya. Namun itu kerana dia kenal aku. Dia tahu aku macam mana setelah 2 tahun kami berkawan.
Aku tak pernah pilih kawan mahupown couple kerana rupa parasnya. Aku tahu bahawa semua tu tak akan kekal. Aku hanya perlukan mereka yang mempunyai hati yang baik, memahami aku serta terima aku seadanya dan kerana Allah.hm..